the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu, Pahang hingga Krismas

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan (tahap bahaya) di seluruh Terengganu dan Kelantan serta beberapa lokasi di Pahang sehingga Isnin ini (25 Dis).

Menurut kenyataan METMalaysia, di Pahang, hujan berterusan tahap buruk itu dijangka berlaku di Jerantut dan Kuantan.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di Pahang dan diramal berlaku di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula membabitkan Perlis; Kedah di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling manakala di Perak meliputi kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar mulai esok (24 Dis) sehingga Isnin (25 Dis).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang melibatkan kawasan Raub, Bentong, Temerloh dan Bera manakala Johor membabitkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi sehingga esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar urges swifter action to prepare Malaysians for AI-driven future

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today said rapid technological advancements were reshaping industries and creating new opportunities, making it imperative for the country’s education and training ecosystem to adapt.

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings