the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Manchester City juara Piala Dunia Kelab FIFA

JEDDAH: Manchester City merangkul Piala Dunia Kelab FIFA buat kali pertama dalam sejarah, menewaskan Fluminense FC dari Brazil 4-0 pada perlawanan akhir edisi ke-20 yang berlangsung di King Abdullah Stadium Sports City di Jeddah, Arab Saudi pada Jumaat.

Pemenang Liga Juara-Juara itu mencipta kejayaan menerusi penyertaan sulungnya dalam Piala Dunia Kelab, sekali gus menjadi kelab Inggeris pertama yang memperoleh kejayaan sedemikian, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

City mempamerkan dominasi pada awal perlawanan dengan jaringan gol terpantas dalam kejohanan itu, hasil sepakan Julian Alvarez selepas hanya 42 saat permainan.

Nino, pemain pertahanan Fluminense Brazil secara tidak sengaja menjaring gol sendiri pada minit ke-27, memberikan gol kedua untuk City.

Pada separuh masa kedua, Phil mencipta gol ketiga untuk pasukannya pada minit ke-72, manakala Alvarez menjaringkan gol keempat pada minit ke-89.

Pep Guardiola dari Sepanyol mencipta sejarah dengan menjadi jurulatih pertama merangkul empat kejuaraan Piala Dunia Kelab FIFA, mendahului rekod Carlo Ancelotti yang memenangi tiga kejuaraan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings