the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan kecam tindakan ugut ahli parlimen – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengecam tindakan pihak yang cuba untuk mengugut dan mengancam keselamatan Ahli Parlimen di negara ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata tindakan memalukan seperti itu tidak seharusnya berlaku ke atas mana-mana Ahli Parlimen, baik mereka dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.

“Saya kesal kerana perkara ini tidak harus diperlakukan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat.

“Mereka ada hak untuk bersuara dan ini terpakai sama ada mereka adalah Ahli Parlimen di pihak kerajaan atau pembangkang, jangan diugut kerana mereka adalah suara rakyat,” katanya selepas melancarkan Ekspresi Bulan Kebangsaan di ibu negara hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian sebagai respons kepada kejadian melibatkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang menerima ancaman surat berisi dua butir peluru dan satu kertas putih bersaiz A4 tertera perkataan ugutan bunuh yang diletakkan di peti surat kediamannya semalam.

Ekoran itu Terasa dalam hantaran di laman Facebooknya berkata beliau telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Petaling.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings