the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KUSKOP lahirkan 83,361 usahawan baharu seluruh negara tahun ini – Ewon

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya melahirkan seramai 83,361 usahawan baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini, kata Menterinya Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata KUSKOP serta 10 agensi di bawah kementerian itu telah berjaya melaksanakan sebanyak 187 program di seluruh negara setakat November lepas yang memberikan manfaat besar kepada pembangunan usahawan di negara ini.

“Program itu memberi manfaat kepada 755,909 usahawan terdiri daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta usahawan koperasi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ewon berkata dalam tahun ini juga KUSKOP telah memperkenalkan dan melaksanakan lebih 22 program, skim dan bantuan baharu melalui lapan agensinya.

Katanya agensi-agensi pelaksana itu termasuk Tekun Nasional, SME Bank, UDA Holding Berhad, Institut Keusahawanan Negera (INSKEN), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corp Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

Katanya KUSKOP juga melaksanakan sebanyak 15 inisiatif baharu termasuklah Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT), Skim Pembiayaan Usahawan Kraf, Skim Pembiayaan Sosial, Skim Insentif Kelestarian dan Skim Juara Lestari.

Inisiatif lain ialah Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS), Kursus Urus Tunai (KUT) Lanjutan, BRPlus, BRTani, BRJohorniaga, Rakyat2E, Program Pengukuhan Mikro MADANI (Mikro MADANI) dan Program Bumiputera Enterprise Enhancement (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak.

“KUSKOP melalui SKM turut memperkenalkan semula Program Young Entrepreneurs Strive For Success (YESS) yang tertunda pelaksanaannya sejak 2019 ekoran pandemik Covid-19,” katanya.

Ewon berkata selain itu IKMa melaksanakan dua program baharu tahun ini iaitu Program Bimbingan Bersasar Koperasi Besar dan Kursus Wajib PLUS (Program Lanjutan Tadbir Urus Lembaga Koperasi).

Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai individu mendapatkan latihan, sekali gus melahirkan usahawan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata INSKEN telah membuka cawangan pertamanya di Sabah pada Mei tahun ini dan cawangan kedua di Sarawak pada Oktober juga tahun ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings