the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam pelajar MRSM dibuang sekolah kes buli di Melaka

KUALA BERANG: Enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Melaka dikenakan tindakan buang sekolah selepas disahkan terlibat dalam kes buli. Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan tiada toleransi terhadap salah laku tersebut.

Tindakan itu diambil selepas Jawatankuasa Disiplin MRSM menjalankan siasatan dan mendapati kes buli benar-benar berlaku. Asyraf Wajdi berkata beliau menerima banyak laporan melalui media sosial sebelum mengarahkan pihak pengurusan MARA menyediakan laporan terperinci.

“Kes ini saya dapat banyak ‘tag’ daripada media sosial. Saya terus minta laporan daripada pihak pengurusan (MARA) dan dimaklumkan berlaku dalam satu MRSM di Melaka,“ katanya ketika ditemui di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2025.

Enam pelajar berkenaan dibuang sekolah dengan serta-merta walaupun mereka pelajar Tingkatan Lima. Asyraf Wajdi menegaskan tiada rayuan akan dilayan sebagai pengajaran kepada pelajar lain.

“Kalau mereka kata kita tidak beri peluang, saya sudah tegaskan pendirian saya sejak hari pertama memegang jawatan sebagai Pengerusi MARA. Apa jua alasan tidak mewajarkan atau menghalalkan perbuatan buli,“ tegasnya.

Beliau turut mengumumkan projek rintis pengambilan warden asrama di MRSM Besut dan Balik Pulau bagi meningkatkan pengawasan disiplin. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories