the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjawat awam Johor terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 kepada penjawat awam negeri berjumlah dua bulan gaji.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika mengumumkan perkara itu semasa membentangkan Belanjawan Johor 2024 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini, berkata pemberian bantuan berkenaan turut melibatkan penjawat awam kerajaan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.

“Belanjawan Johor 2024 ialah belanjawan lebihan bermaksud prestasi kutipan hasil kerajaan negeri telah mencapai sasaran. Justeru, selain membantu rakyat, kita juga mahu memberi penghargaan kepada penjawat awam.

“Sebagai mengiktiraf jasa mereka berdasarkan pencapaian, sehubungan itu dengan sukacita saya umumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 sebanyak dua bulan gaji,“ katanya ketika membentangkan belanjawan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Onn Hafiz berharap pemberian bantuan khas kewangan itu akan menjadi pembakar semangat dan pemangkin motivasi kepada semua penjawat awam di negeri ini.

“Harapan saya adalah agar semua penjawat awam di negeri ini terus bekerja keras dalam memberi perkhidmatan tidak berbelah bahagi dengan cemerlang dan terbaik untuk rakyat Johor,“ kata beliau.

Terdahulu, Menteri Besar turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan atas peruntukan sebanyak RM4.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan Rolling Plan 4 (2024) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Johor, merangkumi 368 projek sambungan dan 142 projek baharu.

Antaranya termasuklah pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) Johor Bahru, projek pelebaran Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) daripada empat kepada enam lorong yang dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam serta pembinaan Kompleks Hospital Pengajar USIM di Kota Tinggi.

Belanjawan Johor 2024 yang dibentangkan Onn Hafiz merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM4.21 juta yang merupakan belanjawan lebihan kedua berturut-turut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings