the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nancy: Tambang percuma perkhidmatan Prasarana buat OKU mudahkan kebolehcapaian

PUTRAJAYA: Pemberian tambang percuma perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) membuka lebih banyak peluang dan memudahkan kebolehcapaian untuk komuniti berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (gambar) berkata inisiatif itu membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan hari ini adalah kerajaan yang cakna dan prihatin terhadap kebajikan rakyat.

“Inisiatif amat bermakna ini boleh membuka lebih banyak peluang dan memudahkan kebolehcapaian untuk komuniti OKU dan tentu sekali menyokong usaha kerajaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam pembangunan masyarakat lebih inklusif di Malaysia demi pengukuhan kesejahteraan sosial rakyat,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Nancy turut merakamkan terima kasih dan syabas kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke atas insentif tambang percuma kepada penumpang OKU.

Beliau berkata hal itu hasil perbincangan pada Januari lepas yang pada ketika itu telah memaklumkan persetujuan secara prinsip terhadap cadangan berkenaan dan akan mencari mekanisme bersesuaian untuk melaksanakannya.

Terdahulu hari ini, Loke mengumumkan semua pemegang kad OKU dapat menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah Prasarana iaitu perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan Bas Rapid di sekitar Lembah Klang bermula 1 Feb 2024.

Nancy berkata KPWKM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan atas pelancaran Projek Rintis Koc Wanita MRT Laluan Kajang pada hari ini dalam usaha mengurangkan risiko gangguan seksual terhadap wanita semasa menggunakan pengangkutan awam bagi memberi lebih keyakinan dan rasa selamat dalam kalangan penumpang wanita.

“Ini juga selaras dengan fokus kerajaan untuk menyediakan ekosistem yang terbaik dalam meningkatkan penyertaan wanita ke dalam pasaran buruh tempatan,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings