the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita 70 tahun maut kereta dipandu terbabas

KOTA BHARU: Seorang wanita berusia 70 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya terbabas berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 3.19 petang.

“Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati kenderaan mangsa dari arah Jalan Zainal Abidin bergerak perlahan dalam jarak 100 meter ke Jalan Sultan Ibrahim tanpa berhenti di simpang jalan.

“Mangsa ketika itu dipercayai tidak sedarkan diri dan kenderaan mangsa telah terbabas ke arah pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kemalangan itu.

Mohd Rosdi berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II dan pemeriksaan mendapati warga emas berkenaan mempunyai rekod pelbagai jenis penyakit termasuk darah tinggi.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membuat laporan bagi membantu siasatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings