the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor tumpu pembangunan benih, baka baharu untuk pertanian

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan terus menumpukan kepada usaha pembangunan benih dan baka baharu dalam sektor pertanian bagi memastikan pengeluaran hasil yang lebih tinggi dan berkualiti.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim (gambar) berkata hal itu berikutan bekalan benih seperti udang harimau dan bayam ketika ini bergantung kepada sumber daripada negara luar.

“Saya bagi contoh ternakan udang harimau di Selangor, benih bakanya diambil di Madagascar dan apabila berlaku pandemik COVID-19, kita hanya mampu mengimport daripada Thailand dan dapat kualiti yang rendah,“ katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soal berhubung keterjaminan makanan yang diutarakan Mariam Abdul Rashid (PH-Meru).

Izham berkata usaha sama kerajaan negeri dengan Green World Genetics Sdn Bhd (GWG) telah berjaya menghasilkan lima benih baharu iaitu satu benih betik dan masing-masing dua benih untuk jagung dan ‘melon’ atau tembikai susu.

“Kerajaan negeri juga melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah menjalinkan perjanjian dengan syarikat di Thailand untuk usahakan benih pembakaan ayam bagi penghasilan produk pertanian yang lebih tinggi dan bermutu,“ katanya.

Dalam pada itu, Izham memaklumkan lebih RM25 juta dibelanjakan kerajaan negeri sejak tahun lepas bagi memastikan bekalan makanan dan harga barangan keperluan asas rakyat di Selangor stabil, termasuk pelaksanaan program Jelajah Ehsan Rakyat (JER).

JER yang kini dijenamakan sebagai Jelajah Ehsan Rahmah katanya akan diteruskan termasuk bagi menyokong rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan stok penimbal seperti dalam Belanjawan Selangor 2024.

Mengenai soalan Mariam tentang langkah menggalakkan belia terbabit dalam sektor pertanian, Izham berkata selain peruntukan disediakan kerajaan negeri, kemajuan penggunaan teknologi pertanian terkini dilihat mampu menarik golongan itu.

“Kita lihat golongan muda suka pada ‘gadget’ (peranti), mahu hasil yang tinggi serta tidak mahu kotor dan berpanas yang mana semua ini boleh kita lakukan dengan teknologi pertanian hari ini,“ katanya.

Beliau berkata Selangor antara negeri terawal menggunakan teknologi dron, hidroponik, pertanian vertikal dan Internet Pelbagai Benda (IoT) yang kebanyakannya dibangunkan sendiri oleh anak muda. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings