the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hukuman FAM pengajaran terbaik buat Selangor FC

KUALA LUMPUR: Hukuman dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap Selangor FC atas beberapa beberapa kesalahan semasa saingan Liga Malaysia (Liga M) 2023 akan menjadi pengajaran terbaik buat pasukan itu bagi mengharungi musim depan.

Ketua Pengawai Operasi Selangor FC, Aladdin Mostafa (gambar) berkata pasukan itu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap hukuman tersebut yang disifatkan wajar susulan tindakan pemain, pegawai serta penyokong pasukan berkenaan.

“Ia betul kami ada buat silap berdasarkan kelakuan dan serta pertuduhan-pertuduhan dinyatakan…harapnya ia akan jadi pengajaran buat kami di pihak pengurusan dan staf terlibat.

“Selepas ini kami akan lebih menerapkan budaya kurang agresif dan beremosi selain meminta penyokong untuk bersama-sama mengelakkan perkara itu daripada berulang. Tak salah nak jadi penyokong tegar tapi ada batasnya,” katanya kepada Bernama

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada perasmian Kejohanan Golf Amal Raja Muda Selangor 2023 di sini, hari ini.

Semalam, Selangor FC antara pasukan yang menerima padah apabila dikenakan hukuman denda oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas melakukan beberapa kesalahan semasa saingan Liga-M 2023.

Skuad The Red Giants didenda RM23,000 terhadap tiga pertuduhan yang tidak boleh dirayu berikutan kesalahan dilakukan semasa perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 antara Selangor FC berdepan Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada 24 Sept lepas.

Antara kesalahan itu, membabitkan insiden baling botol air dari kawasan tempat duduk penonton ke arah pegawai pertandingan, serta insiden baling botol oleh pegawai Selangor FC ke arah kumpulan pengadil di dalam terowong semasa bergerak ke bilik persalinan selain gagal memastikan keselamatan pengadil selepas perlawanan itu.

Dalam pada itu, seorang pemain dan lima pegawai Selangor FC turut dikenakan hukuman yang melibatkan jumlah keseluruhan denda RM65,000 dan beberapa tindakan dikenakan bergantung kepada kesalahan setiap individu pada perlawanan tersebut.

Selain itu, bekas pemain Selangor FC, Yazan Al-Arab digantung daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak di Malaysia ekoran tindakannya menyepak pengadil pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings