the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peguam bantah permohonan polis untuk dapatkan pengakuan salah ibu Zayn Rayyan

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini merekodkan bantahan peguam yang mewakili ibu kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan salah wanita itu berhubung siasatan kes pembunuhan anaknya.

Peguam Fahmi Abd Moin, yang mewakili bapa kanak-kanak berkenaan, berkata bantahan terhadap permohonan polis yang dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 itu direkodkan oleh Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

“Permohonan sepatutnya dibuat di bawah Seksyen 115 Kanun Tatacara Jenayah namun peruntukan itu dimansuhkan manakala permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 adalah tidak relevan untuk mengambil sebarang pengakuan salah di hadapan Majistret.

“Tiada apa-apa peruntukan khusus untuk membuat permohonan itu dan ia sangat prejudis terhadap wanita berkenaan,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Prosiding itu, yang berlangsung selama sejam, hanya dihadiri wanita berkenaan.

Ditanya sama ada pasangan itu akan didakwa, Fahmi berkata ia akan diketahui esok.

Peguam Mahmud Jumaat, yang mewakili wanita berkenaan, pula berkata anak guamnya tidak membuat sebarang pengakuan sebaliknya hanya memberi keterangan kepada Majistret pada prosiding yang diadakan secara tertutup itu.

“Pengakuan salah, jika sekalipun diperoleh ketika siasatan, tidak boleh digunakan ketika perbicaraan melainkan ia direkod di hadapan seorang Majistret,” katanya.

Pengamal media berkumpul di luar kompleks mahkamah di sini seawal 7.30 pagi untuk membuat liputan mengenai perkembangan terkini kes reman ibu bapa Zayn Rayyan.

Pihak berkuasa dilihat memperketat kawalan di pintu masuk kompleks mahkamah dan hanya mereka yang mempunyai urusan rasmi dibenarkan masuk.

Pada 6 Dis 2023, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu ditahan pada 31 Mei lepas di sekitar Puncak Alam, Selangor dan tahanan reman mereka selama 13 hari berakhir esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings