the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Maslan: Cukuplah, kenapa perlu ada pilihan raya satu lagi

KAJANG: Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak perlu diadakan kerana ia hanya akan mencetuskan kegusaran politik, demikian pandangan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Maslan (gambar).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut menzahirkan keyakinan Kerajaan Perpaduan tidak akan meluluskan syor Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai itu yang mencadangkan kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.

“Pada pandangan saya, tidak perlu (pilihan raya PBT). Saya selaku ahli MKT (UMNO), tidak mahu bertambah runcing perkauman di negara kita ini,” katanya kepada media selepas melawat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di sini hari ini, sebagai mengulas gesaan Tan yang mahu kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara sebagai langkah memperkukuh demokrasi.

Ahmad berkata pilihan raya PBT tidak perlu diadakan memandangkan sistem PBT itu sendiri seperti Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya dianggotai oleh wakil pelbagai kaum.

“Cukuplah Pilihan Raya Negeri dan Parlimen, kenapa perlu ada pilihan raya satu lagi,” katanya.

Pilihan raya PBT di Malaysia digantung pelaksanaan pada 1960-an sebelum digantikan dengan sistem lantikan ketua iaitu Datuk Bandar dan Yang DiPertua Majlis termasuk ahli majlis. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings