the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Perpaduan kurangkan bilangan menteri dalam MHTC

KUALA LUMPUR: Bilangan menteri yang dilantik sebagai pengerusi bersama dalam Lembaga Pengarah Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) dikurangkan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (gambar).

Beliau berkata pentadbiran kerajaan terdahulu melantik Menteri Kesihatan, Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan dalam Lembaga Pengarah MHTC.

“Bagi saya adanya menteri daripada KKM (Kementerian Kesihatan) dan Menteri Ekonomi adalah okey kerana KKM bukan sahaja (berperanan) dalam operasi (perkhidmatan kesihatan awam) tapi ada juga unsur untuk tambah ekonomi negara, jadi MHTC adalah satu agensi yang boleh digunakan untuk tambah ekonomi.

“Sudah tentu apabila ada Menteri Ekonomi (sebagai pengerusi bersama dalam MHTC) tepatlah sekali, tiada masalah pun kalau tiada Menteri MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya)…kita sentiasa lakukan libat urus dengan MOTAC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi KKM di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, ketika sesi perbahasan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) membangkitkan signifikan pelantikan Dr Zaliha dan Rafizi Ramli ke dalam Lembaga Pengarah MHTC selain mempersoalkan mengapa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing tidak disertakan dalam agensi itu.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata dalam isu kekurangan jururawat, Kerajaan Perpaduan sedaya upaya mengatasi masalah berkenaan termasuk mengambil langkah menyerap masuk hampir kesemua lepasan kejururawatan dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia ke perkhidmatan tetap di semua fasiliti KKM.

Selain itu, katanya Lembaga Jururawat Malaysia juga telah diminta mengurangkan syarat kelayakan serta memberi tempoh tambahan enam bulan kepada lepasan yang tidak mencapai kelayakan bagi jurusan kejururawatan.

“Inilah yang dilakukan Kerajaan Perpaduan dalam menyelesaikan masalah, kita tidak hanya bercakap tentang punca masalah tetapi (mencari) jalan penyelesaian. Setiap perkara juga perlu dikaji terlebih dahulu dan bukan hanya main petik jawapan kepada (sebarang) masalah,” katanya.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM41,217,816,500 yang diperuntukkan kepada KKM dalam Belanjawan 2024 dengan lebih suara menyokong selepas dibahas 25 Ahli Parlimen. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar says leadership must be earned through results

Anwar said Aminuddin has earned the coalition’s continued backing because of his performance in leading the state administration, his commitment to the people and ability to attract investments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings