the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19: Bekalan stok vaksin sedia ada mencukupi

PUTRAJAYA: Bekalan vaksin Covid-19 sedia ada masih mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau berkata pengambilan dos penggalak adalah mudah dengan hanya ‘walk-in’ atau melakukan janji temu di klinik kesihatan dan hospital.

“Stok vaksin kita mencukupi untuk (dos) penggalak dan sesiapa lagi yang hendak mengambil vaksin. Kita ada stoknya terutama mereka yang mempunyai risiko dan kormobid,“ katanya dalam sidang media khas berhubung status terkini Covid-19, di sini hari ini.

Sidang media itu juga disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli.

Ditanya bekalan Pfizer generasi baharu, Dr Muhammad Radzi berkata Kementerian Kesihatan (KKM) masih dalam proses perolehan dengan pengeluar.

“Kita masih dalam pemerolehan sebab benda ini baharu, versi baharu monovalen. Proses akan ambil masa, dari segi bekalan agak susah sekarang,“ katanya.

Walau bagaimanapun, Dr Muhammad Radzi berkata vaksin sedia ada masih berkesan dan mampu melindungi masyarakat dari varian dan subvarian sedia ada.

Beliau berkata KKM menjangkakan kes Covid-19 terus meningkat pada minggu akan datang memandangkan ia merupakan fenomena global yang turut menyaksikan peningkatan mendadak.

Katanya situasi itu masih terkawal dengan pemantauan ketat dan sebarang lonjakan kes akan berakhir dalam masa empat hingga enam minggu berdasarkan pengalaman dahulu.

Mengenai langkah diambil KKM di pintu masuk negara, Dr Muhammad Radzi berkata masyarakat tidak perlu gusar tentang kemasukan pelancongan asing terutama warga China memandangkan pemantauan tidak mengesan sebarang varian baharu.

Sementara itu, Dr Norhayati berkata KKM melaksanakan survelan persekitaran Covid-19 menggunakan air kumbahan pesawat sejak Jun 2022 sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik negara.

Selain itu, beliau berkata pengesan suhu turut ditempatkan di pintu masuk negara sebagai persediaan awal mengesan individu bergejala dan diasingkan untuk tindakan seterusnya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings