the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19: Kerajaan tidak bercadang ulangi PKP – Dr Dzulkefly

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak bercadang mengulangi sekatan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berlaku peningkatan kes Covid-19 ketika ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) .

“Buat masa ini, kita tak cakap tentang mengulangi PKP, sebab ada yang mula bertanya dalam ciapan X, banyak kegusaran di situ,” katanya dalam sidang media berhubung status Covid-19 terkini di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan semasa di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada susulan pengukuhan Pelan Pengurusan Covid-19 Kementerian Kesihatan (KKM) yang menggariskan lima strategi utama.

Ia termasuk pengesanan awal kes Covid-19 dan varian SARS-CoV-2, pemerkasaan komuniti menerusi amalan TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan rawatan) serta pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik menerusi aplikasi MySejahtera.

“Pengesanan awal contohnya sistem amaran awal atau Heightened Alert System yang sentiasa kita pantau dan survelan sentinel di seluruh negara seperti ILI (Influenza Like Illness) dan juga survelan persekitaran air kumbahan dalam komuniti dan pintu masuk antarabangsa,” katanya.

Kes Covid-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Dis adalah sebanyak 20,696 kes iaitu peningkatan 62.2 peratus berbanding 12,757 kes pada ME49.

Dzulkefly berkata majoriti kes atau kira-kira 97 peratus merupakan kategori satu (tiada gejala) dan dua (gejala ringan), dengan sebanyak 28 kes kematian dilaporkan.

Menurut Dzulkefly, KKM dan agensi bukan KKM seperti hospital pengajar, hospital tentera dan fasiliti swasta juga bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan jumlah kedatangan dan kemasukan pesakit ke wad.

“Kami bersedia untuk itu akan kemungkinan peningkatan mendadak atau ledakan seperti itu. KKM juga sedang pantau rapi kapasiti hospital menerusi unit pengurusan katil dan dari segi rawatan pesakit,” katanya.

Beliau turut menyarankan golongan komorbid seperti mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, diabetes dan kanser agar melakukan ujian kendiri Covid-19 sekiranya bergejala dan melaporkannya dalam aplikasi MySejahtera.

Dzulkefly berkata angka kes dan kematian menjadi tidak sah sekiranya warga Malaysia tidak melaporkan kes dalam MySejahtera.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan langkah pencegahan termasuk memakai pelitup muka di kawasan awam dan tertutup, mengelakkan kawasan sempit dan sesak serta mengambil vaksin Covid-19. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings