the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelan Tindakan Industri Penjagaan Malaysia dijangka siap Julai – Nancy

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Industri Penjagaan Malaysia yang memberi tumpuan bagi melahirkan penjaga berkemahiran melibatkan kerja penjagaan warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak, dijangka siap Julai ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya sedar wujud keperluan untuk menjadikan penjagaan golongan berkenaan sebagai kerjaya profesional, lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran negara menua menjelang 2030.

“Inisiatif pemerkasaan industri penjagaan merupakan indikator utama dalam Kerangka Strategik Malaysia MADANI bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), justeru ia salah satu persediaan diambil secara tuntas oleh kementerian dalam perjalanan Malaysia menjadi negara tua pada 2030,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Makmal Pembangunan Pelan Tindakan Industri Penjagaan Malaysia, yang antara lain diadakan dengan tujuan mengenal pasti cabaran dalam pelaksanaan industri penjagaan di Malaysia.

Selaras dengan inisiatif industri penjagaan itu, Nancy berkata KPWKM juga akan memperkasa peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai badan peneraju industri bagi penjagaan dan perkhidmatan komuniti dengan membangunkan lebih banyak Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) khusus bagi menyantuni golongan memerlukan.

“Selain itu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Institut Sosial Malaysia (ISM) akan menggiatkan lagi latihan dan persijilan Profesion Penjagaan Ibu Selepas Bersalin MamaCare dan juga kursus asuhan kepada pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

“LPPKN juga telah bersiap siaga dalam menjayakan industri penjagaan ini melalui penyediaan lima Pusat Penilaian Amali bagi latihan ibu selepas bersalin iaitu Pusat Keluarga LPPKN Pulau Pinang, Klinik Nur Sejahtera Dungun, Pusat Keluarga LPPKN Seremban, Klinik Nur Sejahtera Kluang dan Ibu Pejabat LPPKN,” katanya.

Pada sidang media kemudian, Nancy berkata KPWKM menyasarkan untuk melahirkan 385 pelatih berkemahiran yang mempunyai ilmu teknikal dalam berdepan dengan penjagaan warga emas, kanak-kanak mahupun OKU.

“Kita (KPWKM) memang ada 655 penjaga sejak 2018, tapi mereka hanya dilatih secara asas sebagai caregivers sahaja, tapi sekarang nak latih mereka sebagai penjaga yang lebih berkemahiran,” katanya.

Pada masa sama beliau mengalu-alukan penyertaan golongan lelaki untuk dilatih sehingga menjadi penjaga berkemahiran memandangkan bilangan mereka amat rendah jika dibandingkan dengan keperluan penjagaan terhadap golongan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings