the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis: Kedai serbaneka disyaki jalankan aktiviti judi sudah ditutup

IPOH: Polis mendapati kedai serbaneka yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen di Taman Rishah di sini sudah tidak beroperasi dan ditutup.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata pihaknya mengesan satu video tular memaparkan sekumpulan lelaki menegur pekerja kedai serbaneka terbabit.

Beliau berkata premis berkenaan telah beberapa kali diambil tindakan oleh pihak polis dengan penahanan dan pemotongan bekalan elektrik.

“Namun begitu, pemantauan dan pengumpulan risikan terhadap premis ini akan diteruskan berdasarkan maklumat yang tular.

“Polis juga mendapati aktiviti perjudian tanpa lesen sebegini yang sentiasa bertukar taktik operasi dan berpindah tempat operasi bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa undang-undang,“ katanya.

Beliau berkata sekumpulan lelaki dalam video itu juga telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, Yahaya berkata sebanyak lapan serbuan dan tangkapan berkaitan perjudian berjaya dilakukan di Taman Rishah sepanjang tahun ini.

Beliau berkata tindakan diambil mengikut Seksyen 21a (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu premis yang didapati menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen telah dipotong bekalan elektrik.

Pihaknya turut mengalu-alukan penyaluran maklumat oleh orang awam menerusi Pusat Kawalan Daerah di talian 05-2542222. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings