the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tentera Israel paksa 500 pesakit kosongkan hospital Al-Shifa

GAZA: Tentera penceroboh Israel memaksa kira-kira 500 pesakit di Hospital Al-Shifa di barat Bandaraya Gaza, termasuk yang cedera parah supaya mengosongkan hospital itu, menurut pejabat media kerajaan di Semenanjung Gaza pada Sabtu.

Mereka hanya diberi masa sejam untuk mengosongkan Kompleks Perubatan Al-Shifa, lapor Agensi Anadolu.

Pejabat media Gaza mempertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas Israel terhadap keselamatan dan nyawa semua mereka yang berada di Al-Shifa, termasuk yang cedera, bayi pramatang dan kakitangan perubatan.

“Institusi dan organisasi antarabangsa juga bertanggungjawab atas kecuaian dan tindak balas susulan dan penyelarasan yang lemah dalam melindungi hospital dan pusat kesihatan yang sepatutnya mempunyai imuniti antarabangsa dan undang-undang,“ menurut pejabat media itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa bahan api mesti disediakan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan, perubatan dan kemanusiaan disediakan kepada puluhan ribu yang cedera dan sakit.–Bernama-AA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Riau Complex sets a new standard for employee living, supporting Asia Pacific Rayon’s workforce...

Asia Pacific Rayon highlights the Riau Complex as a model employee township, combining housing, education, healthcare and recreation within a self-sustaining community. The integrated development supports workforce wellbeing, talent retention and long-term industrial growth while fostering a strong multicultural environment.

RICOH brings AI beyond concept through real-world operational applications

The showcase comes amid a broader push towards industrial automation in Malaysia, particularly under the New Industrial Master Plan 2030, which aims to develop 3,000 smart factories through automation, AI, and other advanced technologies.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings