the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong berkenan tinjau persiapan penghantaran ketiga Ops Ihsan

SEPANG: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meninjau persiapan terakhir penghantaran ketiga misi bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia ke Palestin menerusi Ops Ihsan di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Seri Paduka yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa kira-kira sejam memeriksa bantuan berkenaan yang dikumpulkan di gudang penyimpanan di terminal berkenaan selain turut memeriksa bantuan yang dimasukkan ke dalam pesawat kargo sewaan khas untuk menghantar bantuan itu.

Menurut kenyataan media Wisma Putra, penghantaran itu melibatkan 60 tan muatan pelbagai barangan termasuk 35.57 tan barangan perubatan, 6.62 tan makanan sedia dimakan, 4.35 tan barangan keperluan bayi dan 13.46 tan persiapan musim sejuk termasuk tilam dan selimut.

Melalui penghantaran ketiga itu, Malaysia sudah menghantar brangan bantuan mencecah 100 tan, selepas penghantaran pertama dan kedua masing-masing melibatkan barangan seberat 20 tan.

Pesawat khas berkenaan dijangka berlepas melalui KLIA awal pagi esok dan mendarat di Lapangan Terbang Tentera Al-Arish, Mesir pada hari sama, menurut kenyataan itu.

“Bantuan berkenaan akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk disalur kepada penduduk Palestin di Gaza,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Wisma Putra memaklumkan kerjasama rentas antara agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan memastikan gerak atur proses bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza lebih tersusun, bersepadu dan efektif di bawah seliaan kementerian itu.

Ahmad Zahid semasa berucap pada majlis tersebut berkata Ops Ihsan telah membuktikan keberkesanan dalam pengurusannya melalui penggunaan sumber dan kepakaran pelbagai organisasi yang terlibat secara tersusun dan efisien.

“Kerjasama yang julung kali diadakan ini ternyata berhasil. Kolaborasi ini berjaya mengelakkan pertindihan mahupun penyelewengan bagi memastikan bantuan yang diberikan jelas memenuhi keperluan, dan benar-benar sampai kepada golongan yang disasarkan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings