the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peguam kes Lim Guan Eng gagal tangguh prosiding cabar kredibiliti saksi hari ini

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini gagal dalam permohonan mereka menangguhkan prosiding mencabar kredibiliti seorang saksi utama pendakwaan kes itu.

Ini selepas Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membenarkan bantahan pihak pendakwaan terhadap permohonan peguam RSN Rayer yang mewakili Lim untuk menangguhkan prosiding bagi mencabar kredibiliti Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli itu ke tarikh yang lain.

Terdahulu Azura memutuskan prosiding diteruskan selepas berpuas hati terdapat percanggahan keterangan oleh saksi itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mahkamah berhubung kes penipuan ahli perniagaan G.Gnanaraja membabitkan wang berjumlah RM19 juta berkaitan kes terowong dasar laut yang sama.

Bagaimanapun Rayer memohon prosiding hari ini ditangguhkan kerana pihak pembelaan perlu meneliti terlebih dahulu beberapa bahagian terakhir dalam prosiding itu sebelum menyoal balas saksi berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang membantah permohonan itu berkata sepatutnya pihak pembelaan membuat persediaan lebih awal sebelum prosiding bermula.

“Alasan yang diberikan pihak pembelaan tidak masuk akal kerana kes ini telah empat tahun berlangsung. Oleh itu, pihak kami membantah prosiding hari ini ditangguhkan,” katanya.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 63, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Prosiding bersambung 19 Julai ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology secures transformational US$2.5 billion five-year AI GPUaaS compute contract

Gorilla Technology Group (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that it has signed a five-year AI compute infrastructure contract with a high investment-grade global technology customer for deployment at the NeutraDC Batam data centre in Indonesia.

Founders Metals Hits 53.1 m of 1.21 g/t Au from Surface in New Zone...

(TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces drill results from the Upper Antino target area at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname.

Vondrousova insists she never doped after four-year ban

Former Wimbledon champion Marketa Vondrousova maintains she has never used performance-enhancing drugs after receiving a four-year ban for failing to comply with an anti-doping test.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings