the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pos Malaysia lancar setem khas Palestin Merdeka, dijual bermula 18 Jan ini

KUALA LUMPUR:Sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin, Pos Malaysia hari ini melancarkan set setem khas “Palestin Merdeka” yang akan berada di pasaran bermula 18 Januari tahun depan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pelancaran setem khas itu bukan sekadar simbolik, sebaliknya melambangkan solidariti dan sokongan penuh rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai kemerdekaan dan keamanan.

“Kita akan pertimbang sekiranya perlu setelah dilancarkan (setem) ataupun setelah mula ada di pasaran mungkin kita akan berbincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengusahakan kempen menghantar surat untuk menggesa supaya gencatan senjata dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Fahmi menyempurnakan majlis pelancaran setem khas berkenaan yang akan akan dijual secara dalam talian di www.pos.com.my/shop dan di Pejabat Pos dan Biro Filateli Pos Malaysia pada harga RM32.50 setiap set.

Setem berkenaan juga boleh dibeli dalam bentuk helaian setem, mengandungi 20 setem setiap helaian, pada harga RM26, Sampul Hari Pertama pula boleh didapati pada harga RM0.50 dan Folder pada harga RM6.

Fahmi berkata, ia merupakan kali ketiga setem berkaitan Palestin dikeluarkan, kali pertama pada 1978 dan kali kedua pada 1982, bukti komitmen kerajaan dan rakyat Malaysia yang teguh bersama menyokong perjuangan rakyat Palestin sejak dahulu lagi.

Sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diuruskan Kementerian Luar.

Dana itu akan disalurkan melalui inisiatif Ops Ihsan, kolaborasi antara Kerajaan Malaysia dan 53 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Charles Brewer. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings