the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru ICT dari Perak rangkul dua anugerah MEA kelolaan MCMC

CYBERJAYA: Seorang guru teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Serai, Perak yang gigih mengetengahkan aspek keselamatan siber kepada anak muridnya menerima dua Anugerah Kecemerlangan Sukarelawan ICT Malaysia 2023 (MEA 2023), hari ini.

Azharul Faiz Zainal Abidin (gambar), 42, yang juga Penolong Kanan Kokurikulum SK Bagan Serai muncul sebagai Sukarelawan Terbaik Keseluruhan MEA 2023 yang menerima Anugerah Cemerlang bagi kategori Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) Bersama Sekolah dan Anugerah Bintang Handalan bagi kategori Anugerah Khas MIV.

Ditemui pemberita selepas majlis MEA 2023 di sini, Azharul Faiz berkata beliau memilih untuk melaksanakan projek tentang keselamatan siber dan program celik ICT memandangkan isu melibatkan penipuan dan berita palsu di Internet semakin berleluasa.

“Projek dijalankan dari Mac hingga Oktober lepas dengan kerjasama Kelab Pencegahan Jenayah sekolah dan seluruh warga pendidik. Jenis program yang dianjurkan adalah sebaran maklumat mengenai keselamatan siber dan aktiviti klik dengan bijak,” katanya yang diraikan bersama-sama 21 pemenang MEA 2023 yang lain.

Beliau yang mesra disapa dengan panggilan Cikgu Faiz berkata beliau telah melaksanakan pelbagai aktiviti inovasi sebelum ini melibatkan konsep ICT antaranya “Jom Sifir” iaitu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat latihan sifir menerusi telefon pintar.

MIV yang diperkenalkan sejak 2016 merupakan projek kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan sehingga kini telah melatih 10,247 sukarelawan daripada pelbagai latar belakang yang mampu memajukan dan menghasilkan aplikasi serta perkhidmatan ICT yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian.

Antara khidmat lain yang diberikan oleh sukarelawan MIV adalah melaksanakan strategi pemasaran dalam talian bagi membantu pengusaha tempatan memasarkan produk, mendidik penggunaan ICT secara berhemah dan memupuk kesedaran masyarakat terhadap mesej advokasi MCMC.

Dua lagi penerima anugerah bagi kategori MIV Bersama Sekolah ialah Tan Ke Sin dari Pulau Pinang dan Jessica James Sikain dari Tawau, Sabah.

Kategori lain di bawah MEA antaranya Individu MIV Bersama Komuniti dan Kandungan MIV Terbaik.

Sementara itu, Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dalam ucapannya berharap pemberian anugerah itu memberikan suntikan semangat kepada sukarelawan lain untuk tampil berkongsi idea, kemahiran dan kepakaran dalam melaksanakan projek berimpak tinggi untuk komuniti.

“MCMC akan melabur lagi dalam kesemua program ini bagi memastikan kami mencapai satu tahap perkhidmatan sukarela yang amat tinggi di luar sana, jadi ia akan memberikan khidmat dalam setiap aspek rakyat di bandar, separuh bandar dan luar bandar,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings