the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki Bangladesh penggal kepala terlepas hukuman mati, diganti penjara 33 tahun , 12 sebatan

PUTRAJAYA: Seorang buruh binaan warga Bangladesh terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh rakan senegaranya dengan memenggal kepala mangsa, enam tahu lepas.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal memerintahkan Shohel, 38, menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada 11 Feb 2017.

Hakim Abg Iskandar, bagaimanapun, turut mengesahkan sabitan Shohel kerana membunuh.

Shohel didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Okt 2019 kerana membunuh Polaus Kumar, 29, seorang penyelia, di sebuah pangsapuri yang dalam pembinaan di Alam Jaya, Jeram, Kuala Selangor antara jam 3.30 petang dan 4.40 petang pada 9 Feb 2017.

Mahkamah Rayuan menolak rayuannya 2 Nov tahun lepas.

Mengikut fakta kes, mayat tanpa kepala ditemukan tergantung di tingkat 10 sebuah bangunan pangsapuri dan kepala mangsa dijumpai di tingkat bawah pangsapuri itu.

Selepas penanahannya Shohel membawa polis ke tempat dia menyembunyikan kapak dan pakaian yang dipakainya semasa kejadian itu.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, K. Mangai memaklumkan mahkamah bahawa Shohel akan menarik balik rayuannya terhadap sabitan kesalahannya dan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan akan mengemukakan hukuman alternatif.

Peguam Shohel, Muhammad Amirrul Jamaluddin meminta mahkamah meringankan hukuman mati anak guamnya kepada penjara berikutan pindaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memansuhkan hukuman mati mandatori dan memberi budi bicara kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara..

Beliau berkata bahawa pembunuhan itu tidak dirancang tetapi berlaku secara tiba-tiba disebabkan oleh provokasi mangsa.

Shohel turut diwakil peguam Afifuddin Ahmad Hafifi. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings