the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan bekalan air: PBAPP rancang empat peringkat pemulihan

BUTTERWORTH: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) merancang empat peringkat pemulihan bagi menjamin 590,000 pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air pada 10 hingga 14 Jan depan mendapat semula bekalan dalam tempoh dijadualkan.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan berkata bagi peringkat pertama, pihaknya akan cuba memastikan 33 peratus atau 197,025 pengguna di kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara termasuk pengguna bukan domestik utama di Butterworth akan memperoleh semula bekalan dalam tempoh 48 jam.

Beliau berkata peringkat kedua menyasarkan memulihkan bekalan dalam tempoh 72 jam bagi 495,065 atau 88 peratus pengguna di Seberang Perai Selatan dan bahagian pulau termasuk pengguna domestik utama di George Town dan zon perdagangan bebas Bayan Lepas.

“Peringkat ketiga, kita menyasarkan 99 peratus pengguna di semua kawasan terjejas di Seberang Perai dan Pulau Pinang menerima air secara beransur-ansur dalam tempoh 96 jam manakala peringkat keempat adalah pemulihan setempat untuk baki satu peratus lagi pengguna di hujung paip agihan (HPA) dan kawasan lebih tinggi,” katanya pada sidang media di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di sini hari ini.

Menurut Pathmanathan normalisasi perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 590,000 pengguna yang akan terjejas berlaku secara berperingkat antara 48 hingga 96 jam.

Beliau berkata jangkaan pemulihan dibuat dengan mengambil kira faktor kedekatan pengguna dengan LRA Sungai Dua selain lokasi mereka yang berhampiran infrastruktur bekalan air utama seperti kolam air terawat dan rumah pam di Batu Kawan, Bukit Minyak, Bukit Dumbar dan Bukit Gedung.

Terdahulu Pathmanathan membawa pengurusan PBAPP dan pihak media meninjau kerja pembaikan dua injap pada saluran paip air terawat utama yang rosak dan bocor yang menyebabkan operasi di LRA itu terpaksa dihentikan selama empat hari, selain kerja sampingan di 22 lokasi lain di seluruh Pulau Pinang.

Beliau turut berharap kerjasama daripada semua pengguna untuk menyimpan bekalan secukupnya dalam tempoh empat hari berkenaan selain mengoptimumkan penggunaan air bagi melancarkan proses pemulihan.

Bagaimanapun, katanya lori tangki akan dikerahkan ke kawasan terjejas secara berjadual bermula 10 Jan bagi memastikan pengguna menerima bekalan air secukupnya selain meletakkan tangki statik di kawasan tertentu.

Isnin lepas, Ketua Menteri Chow Kon Yeow memaklumkan akan menggerakkan 55 lori tangki untuk menghantar bekalan air ke kawasan terjejas serta meletakkan 60 tangki statik bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan air.

PBAPP sebelum ini memaklumkan 590,000 pengguna air di Pulau Pinang akan mengalami gangguan air berjadual bermula pada 6 pagi pada 10 Jan hingga 6 pagi, 14 Jan 2024 melibatkan lebih 50 kawasan di Seberang Perai dan hampir keseluruhan kawasan di bahagian pulau. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings