the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah benar permohonan semakan, bekas pegawai polis bebas tuduhan pengubahan wang haram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membebas dan melepaskan seorang bekas pegawai kanan polis daripada lapan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM3.35 juta.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan selepas membenarkan permohonan bekas pegawai berpangkat DSP berusia 60 tahun, Mohd Ismail Syed Merah untuk menyemak satu lagi keputusan Mahkamah Rayuan pada Mac tahun lepas yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM42 juta terhadapanya bagi semua pertuduhan.

Hakim Vazeer dalam keputusan sebulat suara berkata, mahkamah bersetuju dengan Mahkamah Sesyen Johor Bahru yang mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Mohd Ismail.

“Oleh itu, kami mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi dan mengembalikan semula keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebas dan melepaskan dia (Mohd Ismail) terhadap semua pertuduhan,” kata hakim itu yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin.

Hakim Vazeer turut mengarahkan wang RM3.35 juta yang dirampas, dilucuthakkan kepada kerajaan kerana ia adalah hasil daripada aktiviti haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 2 Dis 2022, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Mohd Ismail untuk kebenaran menyemak semula sabitannya di bawah Peraturan 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 bagi mahkamah mendengar semula rayuannya.

Pada 22 Mac 2022, panel hakim Mahkamah Rayuan yang berbeza menolak rayuan Mohd Ismail terhadap sabitan dan hukumannya.

Bagaimanapun, mahkamah menambah hukuman penjaranya daripada empat tahun kepada 10 tahun dan memerintahkan dia membayar denda RM42 juta yang jika gagal menjelaskannya, dia perlu menjalani hukuman penjara 48 bulan, selepas membenarkan rayuan balas oleh pihak pendakwaan.

Mohd Ismail didakwa atas lima pertuduhan pertama menggunakan wang yang diperoleh daripada aktiviti menyalahi undang-undang, melibatkan RM10,143.37; RM40,000; RM6,283.09; RM993,716.91 dan RM500,000, masing-masing untuk membeli dan menambah pelaburan dalam Pelan Perlindungan Insurans Takafullife dan Pelan Takafulink yang didaftarkan di bawah nama anak perempuannya.

Dia juga berdepan dua lagi pertuduhan melakukan pengubahan wang haram, membabitkan RM499,620 dan RM29,950, menggunakan akaun pihak ketiga milik Tan Kim Tee.

Mohd Ismail dituduh melakukan kesalahan itu di Bangunan MAA Takaful, Jalan Tun Razak, Johor Bahru dan di dua premis bank iaitu RHB dan CIMB di Jalan Rahmat dekat Batu Pahat, Johor antara 4 Sept 2014 dan 28 Dis 2015.

Mohd Ismail menghadapi pertuduhan kelapan iaitu memiliki RM1.27 juta dan 8,178,000 rupiah di rumahnya yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Pada 2019, Ismail dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas semua pertuduhan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun pada 2020, Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas semua pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan yang diperintahkan berjalan serentak.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Mohd Fairuz Johari mewakili pendakwaan.

Sementara itu, ketika ditemui selepas prosiding, peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Mohd Ismail berkata anak guamnya, yang bersara pada Mei lepas berhak mendapat pencen, gajinya sebelum ini serta elaun. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings