the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Pengasingan kementerian perkasa penyampaian maklumat, pacu ekonomi digital

KUALA LUMPUR: Pengasingan tugas Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital akan membantu memperkasakan penyampaian maklumat berkaitan pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan kepada rakyat selain terus memacu pertumbuhan ekonomi digital negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar) berkata langkah pengasingan tugas itu juga membuktikan komitmen dan kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia terus subur.

Bagaimanapun katanya beliau memerlukan sedikit masa untuk mendalami dan memahami agihan tugasan dan fungsi dua kementerian itu yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital.

“Mungkin dalam seminggu dua, kita akan tahu fungsi dan tugas kita, dan mungkin juga ada terkait mengenai agensi-agensi berkaitan kementerian ini, mungkin ada sedikit perubahan, ada agensi masuk atau ada beralih kementerian.

“Namun saya akan pastikan, dalam tempoh seminggu dua ini, sebelum berakhir tahun ini, kita sudah ada perancangan mengenai apa fokus kementerian ini untuk tahun 2024,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara hari ini.

Sementara itu, Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata dalam era digitalisasi ketika ini, adalah wajar untuk mewujudkan satu kementerian khusus supaya dapat memperkemas persediaan kepada negara pada masa akan datang.

Beliau berkata ini kerana aspek digital mampu mengubah cara masyarakat berfikir atau bekerja, selain membuat sesuatu pilihan untuk bergerak ke hadapan.

“Jadi, kalau kita tinjau ke masa hadapan, saya rasa banyak langkah yang perlu kita ambil untuk memastikan bahawa masyarakat dan negara bersedia untuk cabaran yang akan kita hadapi dalam era digital.

“Pada saya, adalah berpatutan kita ada satu kementerian yang akan melihat perkara-perkara ini secara terperinci dan kemudian menangani masalah sedia ada, sekali gus membuat persediaan untuk masa depan,” katanya.

Justeru, Gobind berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Fahmi bagi mengenal pasti peranan masing-masing antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Selain itu, katanya satu sidang media akan diadakan bagi menjelaskan kepada orang ramai mengenai pelan tindakan kementerian serta langkah yang akan diambil untuk perancangan pada masa akan datang.

Terdahulu, lima menteri dan lima timbalan menteri baharu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini.

Kesemua Jemaah Menteri itu melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menteri-menteri itu mengangkat sumpah jawatan hari ini susulan pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, pagi tadi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings