the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Menteri Kabinet, Ahli Parlimen mula tiba di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Barisan Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen mula tiba di Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang dijadual berlangsung, petang ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada kira-kira 2.40 petang.

Antara menteri yang kelihatan hadir ialah Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Anthony Loke, Datuk Armizan Mohd Ali, Fahmi Fadzil dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut kelihatan beberapa Ahli Parlimen yang dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Persekutuan hari ini adalah Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo (Menteri Digital), Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi), Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan) dan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan II).

Barisan Menteri dan Timbalan Menteri baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anwar hari ini mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri turut mengumumkan penyusunan semula kementerian berdasarkan keperluan semasa melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Kementerian Komunikasi dan Digital pula dipecahkan kepada masing-masing Kementerian Digital serta Kementerian Komunikasi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings