the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada kompromi kes buli di MRSM, ‘you touch you go’: Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi terhadap sebarang kejadian kes buli dalam kalangan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), tegas Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi turut meminta ibu bapa pelajar MRSM membuat laporan secara terus kepada beliau sekiranya anak mereka dibuli dan terdapat pihak pentadbir MRSM yang cuba menyorokkan kejadian itu.

“Maaf, MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk kes buli di MRSM, jauh sekali untuk menutup sebarang perilaku curang.

“Biarlah anak VIP (orang kenamaan) atau VVVIP (golongan amat berpengaruh) mana sekalipun, you touch you go!,” menurutnya menerusi hantaran di Facebook pada Nov 10.

Beliau berkata perlakuan buli jika dibenarkan berleluasa tanpa tindakan tegas akan merencatkan segala usaha membentuk peribadi generasi baharu dalam menggalas amanah besar apabila meningkat dewasa.

Menurutnya MRSM sejak sekian lama banyak melahirkan generasi yang holistik bukan sahaja berilmu tetapi juga diberikan penekanan dalam soal adab, akhlak dan nilai.

“Malah manusia sebeginilah (pembuli) yang apabila memimpin mana-mana organisasi pada masa hadapan akan hilang nilai menghormati orang bawahan, bahkan sewenangnya menindas tanpa rasa belas kasihan dan nilai keprihatinan manusiawi,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung kes buli melibatkan sekolah berasrama penuh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak.

Pada 4 Nov, polis mengesahkan berlaku kes buli membabitkan pelajar sekolah berkenaan dan kertas siasatan bagi kes itu sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings