the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri warga emas mati ditikam anak kandung

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri warga emas ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, di sini, semalam.

Menurut sumber polis, pasangan suami isteri berusia 82 dan 72 tahun itu ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Sumber berkata berlaku pertengkaran antara pasangan berkenaan dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah pada sekitar jam 7 malam.

“Dalam pergaduhan itu, anak lelaki itu dikatakan mengambil senjata tajam sebelum menikam kedua ibu bapa menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah.

“Jiran yang menyedari kejadian segera menghubungi polis untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi malam semalam.

Bagaimanapun, sumber berkata, sebaik pasukan polis tiba, kedua mangsa sudah meninggal dunia dan polis berjaya menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, pemerhatian Bernama di lokasi mendapati pasukan forensik sedang giat melakukan siasatan di lokasi kejadian dan mayat pasangan berkenaan masih berada di dalam rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata suspek berjaya ditahan di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint pada jam 10.20 malam.

Katanya, suspek berusia 42 tahun itu diberkas oleh anggota yang menjalankan operasi mengesan suspek yang melarikan diri di kawasan belukar berhampiran tempat kejadian.

“Polis menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 7.43 malam daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pertengkaran antara seorang lelaki dan ibu bapanya di Jalan Penchala Hilir 6 Sungai Penchala di sini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan dadah.

Menurutnya polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam masa dua jam 40 minit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings