the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peningkatan keganasan di Timur DRC paksa puluhan ribu penduduk larikan diri – PBB

NEW YORK: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan ekoran peningkatan pertempuran di timur Republik Demokratik Congo (DRC) yang mengakibatkan puluhan ribu penduduk di bandar Masisi, wilayah North Kivu hilang tempat tinggal, lapor Xinhua.

Beberapa sumber tempatan melaporkan pada Khamis bahawa penduduk di beberapa kampung melarikan diri dari rumah mereka berhampiran Mushaki, kira-kira 45 kilometer (km) dari Goma City susulan pertempuran antara tentera Congo dan kumpulan-kumpulan pemberontak.

Antara kampung terlibat ialah Bihambwe yang menyaksikan ribuan penduduk terpaksa mencari perlindungan akibat keganasan terbaharu itu.

Orang awam terpaksa melarikan diri, termasuk 60,000 penduduk yang mencari perlindungan selepas tiba di kawasan itu bulan lepas.

Pejabat itu berkata akses untuk rakan kemanusiaannya sangat terhad di wilayah itu dengan jalan menghubungkan Goma ke tengah Masisi terputus.

Menurut OCHA antara Julai dan Oktober, organisasi bantuan memberikan bantuan kepada tiga juta daripada lebih lima juta penduduk yang memerlukan bantuan segera di wilayah North Kivu, South Kivu dan Ituri.–Bernama-Xinhua

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings