the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata beliau bersedia membantu calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman bagi memastikan kemenangan gabungan politik itu di kawasan berkenaan.

Beliau berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukanlah halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK tersebut kerana landskap politik sudah berubah.

Justeru, katanya sokongan pengundi boleh beralih arah dan tiada parti boleh mendakwa bahawa ia kuat di kawasan tertentu.

“Keadaan boleh berubah, ada faktor kalau dicerahkan tentang soal prestasi yang telah ditunjukkan di Kemaman itu sendiri, kita tahu banyak perkara adalah hasil daripada BN dahulu. (Pengundi) Tolong buat perbandingan.

“Kalau perkara ini kita jelaskan, saya rasa rakyat akan menganggap BN adalah parti yang mempunyai rekod prestasi yang sangat baik di sana,” katanya kepada pemberita selepas temu bual oleh Bernama Radio di sini hari ini.

Ahmad Syabery turut mencadangkan agar BN mengemukakan calon muka baharu pada PRK itu.

“Saya rasa saya dah tua nak bertanding. Carilah muka-muka baharu. Saya pernah memberi khidmat saya di Kemaman.

“Saya bersyukur kerana telah diberikan peluang beberapa kali. Sewajarnya jika kali ini ada pertandingan, kita cari orang lain,” katanya yang menafikan bahawa beliau akan dicalonkan pada PRK itu.

PRK bagi Parlimen Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada 26 Sept lepas.

Pada PRU15, Che Alias memperoleh 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru menewaskan Datuk Seri Ahmad Said daripada BN yang meraih 38,535 undi, calon Pakatan Harapan Hasuni Sudin (8,340 undi) dan calon Pejuang Rosli Ab Ghani (506).

BN pernah memenangi kerusi itu selama tiga penggal berturut-turut menerusi Ahmad Shabery sebelum beliau tewas pada PRU14. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings