the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penting bagi kerajaan gubal dasar jelas bagi kekalkan pelabur – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempunyai peranan penting dalam menggubal dasar yang jelas dan bersepadu bagi menarik serta mengekalkan pelabur di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan libat urus bersama industri juga perlu diterapkan agar dasar dan inisiatif yang diwujudkan selari dengan keperluan semasa serta masa akan datang.

Perkara tersebut antara yang dikongsikan beliau ketika kunjungan hormat Naib Presiden Dasar Global, Persatuan Industri Semikonduktor (SIA) Mary Thornton dan delegasinya hari ini.

“Dalam pertemuan ini, ahli-ahli SIA mengambil kesempatan memaklumkan kepada saya mengenai perancangan industri serta cadangan-cadangan dalam memperkukuh tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing terutamanya pada peringkat rantaian yang bernilai tinggi.

Antara lain saya terangkan pendekatan penting kerajaan yang menggalakkan sektor swasta menerajui pusat-pusat kemahiran sebagai langkah mengatasi isu ketidaksepadanan tenaga kerja baharu dengan keperluan industri,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu, Anwar juga memaklumkan mereka sependapat bahawa ekosistem perusahaan kecil dan sederhana yang menyumbang kepada rantaian pengeluaran syarikat-syarikat utama dunia perlu sentiasa diberi penekanan dan sokongan.

SIA telah menjadi suara industri semikonduktor Amerika Syarikat selama lebih dari empat dekad selain ahli SIA mewakili lebih daripada 99 peratus industri semikonduktor Amerika Syarikat dari segi pendapatan dan hampir dua pertiga daripada firma cip bukan Amerika Syarikat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings