the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rafizi: Kerajaan sasar jadikan Malaysia hab AI di rantau ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha membawa masuk peneraju utama industri kecerdasan buatan (AI) ke Malaysia untuk menjadikan negara sebagai hab AI di rantau ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (gambar).

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bercadang mewujudkan infrastruktur AI terbaik di rantau ini bagi menarik penglibatan syarikat pemula niaga dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai tumpuan utama bagi sektor tersebut.

Menurutnya, usaha itu akan dijalankan menerusi pelaksanaan strategi baharu dan penambahbaikan ekosistem AI yang akan terkandung dalam pelan tindakan Kuala Lumpur 20 (KL20) yang dijangka dilancarkan pada Februari 2024.

“Aspirasi KL20 adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekosistem syarikat pemula niaga di Malaysia yang seterusnya akan menarik minat syarikat pemula niaga dari seluruh dunia dalam bidang AI untuk beroperasi di Malaysia.

“Ini secara automatik juga akan membawa pelaburan daripada pemodal teroka selain daripada subsektor yang digariskan dalam MyDIGITAL sebelum ini,“ kata Rafizi pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) yang bertanya mengenai status pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Rafizi berkata bagi merealisasikan usaha itu, perbincangan juga telah dijalankan dengan beberapa syarikat gergasi dunia dalam bidang AI untuk membolehkan teknologi mereka dibawa ke negara ini.

“Kalau syarikat pemula niaga ingin menggunakan cip atau kapasiti pemprosesan pada peringkat yang membolehkan mereka membangunkan produk AI, mereka kena datang ke Malaysia di rantau ini, kerana di tempat lain tidak ada,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings