the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rumah mahal tak laku di Perak – DUN

IPOH: Sebanyak 2,312 unit hartanah perumahan tidak terjual di Perak tahun lepas dengan majoriti berharga lingkungan RM200,000 ke atas, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching berkata rumah tidak terjual itu berharga di luar kemampuan serta tidak memenuhi permintaan penduduk di lokaliti projek tersebut.

Beliau berkata menurut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), daripada jumlah itu, rumah jenis kondominium atau apartmen paling banyak tidak terjual iaitu 1,203 unit atau 52.03 peratus.

“Berdasarkan data NAPIC ini, ia menunjukkan bahawa rakyat negeri Perak lebih cenderung untuk membeli rumah dalam kategori kos rendah iaitu harga di bawah RM100,000.

“Data NAPIC menunjukkan bahawa tiada hartanah perumahan tidak terjual dalam kategori harga tersebut di dalam negeri Perak,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan itu di Dewan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Sandrea (PH-Teja) menjawab soalan Chaw Kam Foon (PH-Menglembu) yang ingin tahu mengenai isu rumah tidak dijual dan langkah yang telah diambil kerajaan negeri untuk mengatasi masalah itu.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau berkata kerajaan negeri melaksanakan Dasar Perumahan Negeri Perak bagi pembangunan melibatkan keluasan tanah melebihi lapan hektar.

Menerusi dasar itu katanya pemaju diwajibkan membangunkan 40 peratus rumah mampu milik merangkumi pembinaan Rumah Perakku I, Rumah Perakku II dan Rumah Perakku III manakala baki 60 peratus dibenarkan untuk pembinaan rumah harga terbuka.

“Kerajaan negeri turut memberi insentif-insentif kepada pemaju untuk menggalakkan pembangunan Rumah Perakku iaitu pengurangan caj pemajuan dan caj premium bagi tujuan pengeluaran hak milik bagi Rumah Perakku I dan Rumah Perakku II,” katanya.

Menurutnya sebanyak empat projek Rumah Mampu Milik berjaya disiapkan merangkumi 356 unit Rumah Perakku I, II dan III serta 100 unit Rumah Perakku I di Taman Kerian Putra, 107 unit Rumah Perakku II di Selinsing dan Taman Kerian Putra serta 149 unit Rumah Perakku III di Tualang Sekah Fasa 2, Taman Kerian Putra dan Gerik.

Beliau berkata kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 1,929 unit Rumah Perakku akan siap dibina tahun hadapan terdiri daripada 172 unit Rumah Perakku I di Trolak, Tanjung Tualang Fasa 3 dan Tapah serta 1,222 unit Rumah Perakku II di Perwira Batang Padang, Tapah, Perwira Seri Iskandar, Perak Tengah, Simpang Pulai dan Tapah.

“Tambahan 535 unit Rumah Perakku III yang terletak di Tanjung Tualang Fasa 2, Tapah, Asam Kumbang dan Parit juga disasarkan akan siap pada tahun 2024,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings