the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis sahkan penemuan rangka manusia disimen dalam kolah

PELABUHAN KLANG: Polis mengesahkan penemuan mayat dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat dipercayai wanita itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat yang dijangka selesai (bedah siasat) esok,” katanya.

Menurut Hussein setakat ini belum ada tangkapan dibuat berkaitan kes itu, namun pihaknya sedang menggiatkan usaha mengesan dua lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan penemuan mayat berkenaan.

“Berdasarkan hasil siasatan, pemilik rumah itu yang merupakan lelaki tempatan memaklumkan kolah itu disimen sejak 2021 ketika dua warga India menetap di situ,” katanya.

Hussein berkata selepas dua warga India itu berpindah dari rumah berkenaan, rumah terbabit kemudian disewa oleh dua individu berbeza.

“Baru-baru ini pemilik rumah berkenaan mendapat tahu daripada penghuni kawasan (perumahan) berkenaan yang memaklumkan terdapat mayat ditanam di dalam kolah.

“Pemilik rumah yang tidak sedap hati berkaitan perkara itu, kemudian meminta penyewa (terkini) rumah berpindah lalu membuat laporan polis,“ katanya.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan sekitar 11.39 malam semalam daripada pihak polis untuk mengeluarkan mayat yang berada di dalam kolah di rumah itu.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang tiba di lokasi 10 minit kemudian dan melakukan kerja-kerja pemecahan simen menggunakan peralatan khas.

“Kerja-kerja pemecahan simen telah dilakukan 70 peratus dan menemukan satu mayat dipercayai wanita. Mayat telah berjaya dikeluarkan dan diserah kepada polis,” katanya.

Terdahulu, tinjauan Bernama di kawasan rumah teres satu tingkat itu sekitar 3.30 petang tadi, mendapati pintu pagarnya tertutup, namun pintu utama rumah berkenaan dalam keadaan terbuka.

Seorang penduduk bersebelahan rumah berkenaan berkata dia terkejut melihat kawasan luar kediamannya dipenuhi anggota polis pada 9.30 malam semalam dan bertambah ramai dengan kehadiran anggota bomba sekitar 11 malam.

“Rupanya ada mayat di rumah sebelah dan memang rumah ini pernah disewa kepada warga asing sebelum ada antara mereka pulang ke negara asal. Selepas itu rumah itu disewa kepada pasangan suami isteri warga tempatan,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings