the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TPM Fadillah terima kunjungan rakan sejawat dari Timor-Leste

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar) hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Timor-Leste, Francisco Kalbuadi Lay di Perdana Putra di sini.

Dalam pertemuan itu, Kalbuadi Lay yang dalam rangka lawatan kerja empat hari ke Malaysia itu turut mengadakan perbincangan bersama Fadillah mengenai status hubungan dua hala dan bertukar-tukar pandangan berhubung isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Turut serta dalam perbincangan dua hala itu ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Duta Timor-Leste ke Malaysia Joana Veneranda Amaral.

Lawatan kerja Kalbuadi Lay ke negara ini yang bermula semalam dijangka memperkukuh dan mempertingkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara di samping menunjukkan sokongan padu Malaysia ke arah keahlian penuh Timor-Leste dalam ASEAN.

Berdasarkan rekod pada 2022, jumlah dagangan antara Malaysia dan Timor-Leste adalah RM384.48 juta (US$90.2 juta), dengan peningkatan sebanyak 93.3 peratus berbanding RM194.09 juta (US$46.6 juta) pada 2021. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings