the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

11 maut, 12 cedera dalam letusan Gunung Marapi di Indonesia

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 11 pendaki terbunuh manakala 12 lagi hilang selepas Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat Indonesia meletus pada Ahad.

Letusan itu menyebabkan hujan abu di beberapa kawasan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Padang Abdul Malik berkata sekurang-kurangnya 49 pendaki selamat turun selepas letusan itu sementara usaha sedang dilakukan untuk memindahkan beberapa pendaki lain ke tempat selamat.

“Seramai 11 orang ditemui mati,” katanya.

Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan berkata gunung berapi setinggi 2,891 meter itu meletus selama hampir lima minit pada Ahad selepas menyaksikan aktiviti seismik selama berbulan-bulan.

Pihak berkuasa mewujudkan zon larangan tiga kilometer dari kawah gunung berapi berikutan letusan itu.

Marapi merupakan antara gunung berapi paling aktif di Sumatera dan kali terakhir meletus pada 2018. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings