the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Presiden Xi mahu shanghai muncul sebagai metropolis antarabangsa

BEIJING: Presiden China Xi Jinping (gambar) mahu Shanghai mempercepat pembinaan bandar itu sebagai metropolis antarabangsa yang moden dengan memfokuskan kepada pembinaannya sebagai pusat ekonomi, kewangan, perdagangan, perkapalan serta inovasi sains dan teknologi di peringkat global.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Shanghai baru-baru ini.

Xi mahu Shanghai memperkasakan pembinaan bandar itu menjadi metropolis yang berpengaruh di arena antarabangsa, di samping memainkan peranan sebagai peneraju dan teladan dalam pembinaan modenisasi ala China.

“Misi untuk menjadikan Shanghai sebagai pusat ekonomi, kewangan, perdagangan, perkapalan serta inovasi sains dan teknologi antarabangsa amat penting.

“Oleh itu, Shanghai dikehendaki berpegang teguh pada misi itu, menyelaraskan kerja dalam pelbagai sektor dalam pembangunan sosioekonomi, membuat perancangan dan melaksanakannya secara kolaboratif dan meningkatkan daya saing teras bandar itu,” katanya.

Pada masa sama, Xi berkata Shanghai perlu terus meningkatkan kedudukannya sebagai pusat ekonomi antarabangsa dan pengaruhnya dalam tadbir urus ekonomi global serta meningkatkan penyelidikan dalam teknologi.

Beliau berkata Shanghai juga perlu mendorong transformasi dan penaiktarafan industri tradisional, mempercepat pembinaan kluster industri bertaraf dunia serta sistem industri moden.

“Shanghai perlu memperkasakan pembinaan institusi kewangan moden dan prasarana kewangan, melaksanakan keterbukaan kewangan bertaraf tinggi, supaya berkhidmat dengan lebih baik kepada ekonomi sebenar, inovasi sains dan teknologi serta pembinaan Jalur dan Laluan,” katanya.

Beliau berkata Shanghai juga perlu memperkasakan strategi zon rintis perdagangan bebas, mendorong penaiktarafan pusat perdagangan antarabangsa selain memajukan sektor-sektor yang lemah seperti perkhidmatan perkapalan dan meningkatkan keupayaan mengagihkan sumber perkapalan sejagat.

Xi juga menegaskan pentingnya pemupukan tenaga profesional bertaraf tinggi dan iklim inovasi yang baik di samping meningkatkan tindakan koordinasi di Delta Sungai Yangtze untuk menjadikan kawasan itu sebagai teladan dalam pembangunan seluruh negara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings