the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bersatu: Radzi Jidin dilantik Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Dr Radzi Jidin (gambar) hari ini dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan berkuat kuasa serta-merta bagi menggantikan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataan hari ini memaklumkan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga memutuskan bahawa Badan Pimpinan Negeri akan mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan.

Beliau berkata langkah itu diambil sementara menunggu keputusan Lembaga Disiplin terhadap kedua-dua Ketua Bahagian berkenaan, yang juga merupakan Ahli Parlimen (Suhaili dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid).

“Seluruh Ahli Parlimen Bersatu kekal istiqamah bersama kepimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sebarang cubaan pihak luar untuk memecahbelahkan kesatuan parti melalui tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan tidak akan berjaya,” katanya.

Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili masing-masing mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 dan 30 Okt lepas. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings