the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia lancar pelan Tindakan Sisa Pepejal, beralih ke arah ekonomi kitaran

KUALA LUMPUR: Malaysia akan melancarkan Pelan Tindakan Sisa Pepejal baharunya pada 23 Nov ini dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kelestarian.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (gambar) berkata dengan komitmen untuk mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini menerajui inisiatif untuk mentransformasikan sistem pengurusan sisa pepejal negara.

“Ekonomi kitaran, strategi penting dalam mencapai neutraliti karbon, menumpu kepada konsep 9R – (Refuse) Menolak, (Rethink) Memikirkan Semula, (Reduce) Mengurangkan, (Reuse) Mengguna Semula, (Repair) Membaiki, (Refurbish) Memperbaharui, (Remanufacture) Mengilang Semula, (Repurpose) Guna Semula, (Recycle) Kitar Semula, dan (Recover) Memulih.

“Dengan mengguna pakai prinsip ini, Malaysia berhasrat untuk memanjangkan jangka hayat bahan, produk dan perkhidmatan, seterusnya meminimumkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah dan mengurangkan kesan karbon.”

“Walaupun sisa pepejal menyumbang hanya 3.54 peratus kepada pelepasan karbon, kementerian tidak berbelah bahagi dalam komitmennya. Saya komited dan yakin sepenuhnya bahawa dengan adanya sistem pengurusan sisa yang baik dan mampan, sektor sisa pepejal dapat membantu mencapai sasaran negara bagi pelepasan karbon sifar bersih seawal 2050.

“Transformasi daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran memerlukan kerjasama merentas sektor, dan Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah sasaran ini,” kata beliau dalam ucapan perasmian ‘Carbon Neutrality – Circular Economy Workshop’ di sini hari ini.

Dianjurkan bersama oleh Kedutaan Korea Selatan di Malaysia dan Korea Environment Corporation (K-Eco), bengkel itu merupakan peluang untuk kerjasama dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan yang menawarkan platform untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan pelaburan.

Ketika kedua-dua negara berusaha untuk pengurusan sisa kitaran dan mampan, satu dialog yang bertujuan untuk mengenal pasti bidang kerjasama yang sejajar dengan rangka kerja kawal selia dan matlamat pengurusan sisa telah diadakan.

Sementara itu, Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung Bae berkata kedua-dua negara harus memainkan peranan utama dalam menangani cabaran global seperti perubahan iklim di rantau Asia.

“Mencapai neutraliti karbon dan ekonomi kitaran adalah objektif teras untuk mengurangkan perubahan iklim dan menjamin masa depan planet kita. Ini memerlukan bukan sahaja respons satu atau dua negara, tetapi usaha bersepadu dalam kalangan negara.

“Sebagai sebahagian daripada usaha sedemikian dalam konteks ASEAN, Korea Selatan secara rasmi melancarkan ‘ASEAN-ROK Methane Action (PARMA)’ semasa Mesyuarat Menteri Luar ASEAN pada Julai tahun ini. Ini adalah projek untuk memadankan keperluan ASEAN untuk pengurangan metana dengan institusi atau syarikat Korea yang boleh menyediakan pengetahuan dan sumber.

“Saya harap bengkel ini memberi peluang berharga kepada kedua-dua negara kita dalam mencari jalan untuk mengambil peranan utama dalam menjamin neutraliti karbon dan menggalakkan ekonomi kitaran,” katanya.

Bengkel itu menyaksikan pembentangan mengenai hala tuju dasar yang berkaitan dan kemajuan teknologi oleh syarikat Korea Selatan, seperti projek CCS Samsung Engineering, projek sisa kepada tenaga SK Ecoplant, dan projek penguraian plastik sisa City Oil Field, serta syarikat dan organisasi Malaysia seperti Sime Darby, Worldwide dan MAREA.

Dalam bengkel itu, K-ECO dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) menandatangani MoU melibatkan bidang kerjasama utama.

Perjanjian iu termasuk perkongsian teknologi dan maklumat untuk mencapai neutraliti karbon, program pembangunan kapasiti, dan inisiatif bersama yang berkaitan dengan penyesuaian perubahan iklim, seperti pembangunan inventori gas rumah hijau Malaysia. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings