the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemangku Raja Pahang kurnia Darjah Kebesaran, Pingat Pahang kepada 198 penerima

TEMERLOH: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang kepada 198 penerima.

Istiadat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Pahang berlangsung di Dewan Tun Razak di sini, turut menyaksikan keberangkatan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua’adzam Al-Marhum Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan pentadbiran negeri Pahang.

Pada istiadat itu, seramai 14 penerima dikurniakan darjah kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 34 individu menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Pahang (SMP), 35 individu menerima darjah kebesaran Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan 38 dikurniakan darjah kebesaran Ahli Mahkota Pahang (AMP).

Sebanyak 27 individu pula dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 32 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) manakala 18 dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Sementara itu, Pengurus Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC) Amran Selamat,46, yang menerima AMP menjunjung kasih atas pengurniaan tersebut dan menyifatkannya sebagai kenangan manis buat beliau dan 39 lagi keluarga RPPC yang masing-masing menerima AMP, PKC dan PJK.

“Lain sedikit perasaan bila terima pingat hari ini, walaupun sebelum ini pernah menerima pingat pada kejohanan yang disertai.

“Mungkin kerana ia lebih dekat di hati kerana darjah kebesaran pertama diterima dari Pahang sejak 28 tahun terlibat dengan polo,“ katanya yang dimaklumkan mengenai penganugerahan itu pada minggu lalu.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt (B) Abdul Aziz Ahmad yang dikurniakan AAP melahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih atas penghargaan itu yang dianggap sangat besar jika dibandingkan dengan tempoh lapan tahun berkhidmat di Pahang sejak 2009.

Anak jati Kuala Lipis itu juga menyifatkan darjah kebesaran itu sebagai ‘penghargaan bersama’ buat isterinya yang banyak berkorban menguruskan keluarga di Selangor sepanjang beliau di Kuantan.

“Banyak kenangan manis sepanjang saya di Kuantan dan berpeluang menyaksikan sendiri keperibadian kesultanan Pahang yang dekat dengan rakyat. Tak sangka, walaupun tidak lagi berkhidmat, saya dapat kenangan lebih manis hari ini,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings