the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kematian kanak-kanak di Gaza sejak 7 Okt atasi jumlah di zon konflik dalam 3 tahun

RAMALLAH: Jumlah kanak-kanak yang dilaporkan terbunuh di Semenanjung Gaza dalam tempoh tiga minggu lalu melepasi angka tahunan kanak-kanak yang maut di zon konflik di seluruh dunia sejak 2019.

Badan amal Save the Children berkata sejak 7 Okt, lebih 3,257 kanak-kanak Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk sekurang-kurangnya 3,195 di Gaza manakala 33 lagi di Tebing Barat.

Selain itu, sekurang-kurangnya 6,360 kanak-kanak di Gaza cedera manakala sekurang-kurangnya 180 lagi di Tebing Barat.

Menurut laporan pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seramai 2,985 kanak-kanak terbunuh di 24 negara pada 2022, diikuti 2,515 pada 2021 manakala 2,674 lagi pada 2020 di 22 negara.

Pada 2019 seramai 4,019 kanak-kanak dilaporkan maut.

Pertubuhan bukan kerajaan itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya berkata kanak-kanak membentuk lebih 40 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang terbunuh di Gaza manakala 1,000 lagi kanak-kanak dilaporkan hilang.

Angka kanak-kanak yang hilang itu dipercayai lebih tinggi kerana kebanyakan mangsa dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah dibom tentera penceroboh. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Brigadier General Mikee Romero honored as Outstanding Leader in Asia

Philippine Air Force Reserve Brigadier General Michael "Mikee" L. Romero, who heads Mikro-Tech Capital Inc., has been recognized as one of Asia's most outstanding leaders by ACES Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings