the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Zahid: BN sedia tanding PRK kemaman jika diadakan

BENTONG: Barisan Nasional (BN) sedia bertanding sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diadakan, susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun keputusan PRU15, menyaksikan parti itu tewas dengan majoriti besar, kemungkinan BN mencipta kejutan tetap ada.

“Kita dapat menjadi pencabar walaupun dalam situasi sekarang sebagai underdog. Kita yakin rakyat dan pengundi dapat membuat pilihan tepat dan kembali sokong (BN),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs, di Felda Chemomoi di sini hari ini.

Pada 26 Sept lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias, dengan Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis berkata pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi), berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilapor berkata PAS akan meneliti Perakuan Hakim Pilihan Raya, sebelum memutuskan untuk membuat rayuan atau tidak berhubung pembatalan kemenangan itu.

Pada PRU15, Nov 2022, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi menewaskan calon BN Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, Hasuni Sudin dari Pakatan Harapan (8,340) dan Rosli Ab. Ghani dari Pejuang (506).

Ditanya jika bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sekali lagi diturunkan di kerusi Parlimen itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia belum dibincangkan.

Sementara itu, mengulas mengenai PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Ahmad Zahid optimis BN akan terus mempertahankan kerusi itu.

“Namun kita harus berusaha, kerana tahu pihak seteru politik akan sedaya upaya mungkin untuk menafikan dokongan rakyat di Pelangai. Saya yakin pengundi di Pelangai amat dekat dengan BN dan pilih wakil yang dapat memberikan kesinambungan perkhidmatan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ‘sealiran dengan negeri dan negara’, pastinya akan dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat penduduk Pelangai.

Ditanya mengenai dakwaan Takiyuddin berhubung kehadiran luar biasa pihak berkuasa dalam aktiviti kempen Perikatan Nasional (PN) di PRK Pelangai, Ahmad Zahid berkata ia hanya isu yang dimainkan pembangkang untuk mewujudkan kekeliruan.

“Polis profesional dalam tugasan dan mereka cuba untuk membantu parti dan calon dalam berkempen. Jangan persoalkan profesional mana-mana agensi penguat kuasa termasuk polis,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Pelangai berlangsung pada 7 Okt ini, ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings