the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SOP REE: Aktiviti perlombongan dapat dilakukan selamat, elak pembaziran sumber – Aminuddin

SEREMBAN: Prosedur Operasi Standard (SOP) membabitkan unsur nadir bumi (REE) yang akan ditetapkan kerajaan dapat memastikan aktiviti perlombongan hasil mineral itu dilakukan dengan selamat sekali gus mengelakkan pembaziran sumber.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata ia turut memberikan pulangan kepada kerajaan negeri berikutan Negeri Sembilan mempunyai potensi besar dalam membangunkan REE.

“Memang kerajaan negeri sedang menunggu (SOP) sebelum kita membenarkan REE dilombong di Negeri Sembilan…kita tidak ingin mengejar satu hasil baharu (tanpa SOP) tetapi kita kehilangan banyak kelebihan pada negeri kita.

“Untuk menjadikan ia sebagai antara sumber ekonomi negeri, itu sudah kita kenal pasti sebenarnya sejak tiga tahun yang lepas cuma SOP itu tidak ada, kita tidak ingin mengumumkan kerana kita khuatir ada pihak yang mengambil kesempatan dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau berkata dengan adanya SOP dan garis panduan berkenaan, ia juga akan mengelakkan kecurian hasil bumi itu selain mereka yang mempunyai kawasan untuk perlombongan akan mendapat manfaat sebaiknya.

Baru-baru ini, media melaporkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya akan memanggil satu jawatankuasa yang dipengerusikan beliau di bawah Majlis Mineral Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan SOP berkaitan REE. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings