the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Pulai: Strategi kempen terus dipelbagai, Suhaizan santuni pengundi rumah ke rumah

JOHOR BAHRU: Memasuki hari keenam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat terus mempelbagaikan kaedah berkempen termasuk pendekatan kempen dari rumah ke rumah.

Menurut calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan itu, strategi tersebut dilihat membolehkan beliau dan jentera parti mendekati dan menyantui pengundi, lebih-lebih sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.

Katanya beliau bersama jentera PH-BN akan bergerak ke kawasan perumahan di setiap pusat daerah mengundi (PDM) untuk bertemu pengundi dan meraih sokongan mereka untuk memastikan kemenangannya pada PRK itu.

“Untuk hari keenam ini kita bergerak ke kawasan perumahan pula dan kempen rumah ke rumah untuk berjumpa rakyat dan pengundi.

“Kaedah ini saya berasa lebih dekat dengan rakyat tambahan pula dengan semangat Hari Kebangsaan ini semangat kemuafakatan masyarakat berbilang kaum begitu dirasai,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kempas Permai di sini, hari ini.

Beliau juga sempat meluangkan masa bersama-sama penduduk di situ menyertai aktiviti sambutan Hari Kebangsaan seperti berkonvoi mengimbarkan Jalur Gemilang anjuran persatuan penduduk.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hasratnya bagi membantu penghuni PPR, Suhaizan berkata isu utama yang dikemukakan penduduk ialah tempat letak kereta yang padat.

“Kita perlu cari penyelesaian yang tidak membebankan penduduk misalnya menyediakan kawasan tambahan tempat letak kereta ini perlu dibincangkan dengan pihak berkaitan,” katanya.

Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept diikuti hari pengundian 9 Sept. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings