the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis bongkar aktiviti along semenanjung guna geng di Sibu tagih hutang

SIBU: Polis Sarawak berjaya membongkar kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dari Semenanjung Malaysia yang mengupah kumpulan tempatan di sini yang menggunakan kekerasan untuk memungut hutang di bandar ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (gambar) berkata modus operandi pemberi pinjaman itu terbongkar berikutan penangkapan empat lelaki yang dipercayai anggota Geng Rosli yang menagih hutang dengan cara mengugut peminjam yang gagal membayar hutang mereka.

Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata tiga daripada suspek yang berusia di antara 20 dan 40 tahun ditangkap pada 22 Sept di Jalan Lada di sini, sementara suspek keempat berusia 31 tahun diberkas pada 24 Sept di jalan yang sama.

Hasil tangkapan itu, polis turut menjumpai dan merampas dua botol berisi cat warna merah, satu rantai pengunci, dua keping kertas tertulis nota ugutan dan tiga unit telefon bimbit.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek mengaku bekerja sebagai pemungut hutang tanpa lesen dengan upah RM300 bagi setiap satu tugas dengan menghantar nota ugutan dan menyimbah cat ke alamat peminjam yang gagal menjelaskan hutang pemberi pinjaman yang mengupah suspek-suspek ini,” katanya.

Mohd Azman berkata dengan tertangkapnya keempat-empat suspek ini, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya sembilan kes ugutan jenayah dan khianat di sekitar daerah ini.

“Dua kes melibatkan jenayah komersial disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 dan tujuh kes melibatkan ugutan jenayah dan khianat disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” tambahnya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings