the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis ambil keterangan 10 saksi bantu siasatan tohmahan ke atas pegawai perkhidmatan awam

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan berhubung akaun Facebook palsu ‘Harapan Malaysia’ dan ‘Sahabat Anwar Ibrahim’, yang digunakan untuk menyebar tohmahan terhadap pegawai perkhidmatan awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (gambar) berkata polis juga sedang mengesan, pemilik kedua-dua akaun Facebook berkenaan.

Beliau berkata kenyataan palsu itu turut menggunakan nama Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD), untuk membuat tohmahan peribadi terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

“Polis masih menyiasat dan sedang mengenal pasti suspek yang terlibat. Saya juga ingin menasihatkan penjawat awam tidak mengeluarkan kenyataan spekulasi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Pada 15 Ogos lepas, PPTD menafikan ada mengeluarkan dakwaan fitnah mengenai KSN dan KPPA. Susulan itu, Presiden PPTD Datuk Seri Isham Ishak dilapor berkata pihaknya hanya mengeluarkan kenyataan melalui saluran rasmi PPTD.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata PDRM turut menyiasat akaun Facebook ‘Flat Earth Malaysia’, yang menulis dan memberi komen melibatkan Institusi Diraja Johor.

“Siasatan kes itu disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings