the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF) dengan negara lain, terutama negara yang mempunyai nilai dagangan dua hala yang tinggi dengan Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong (gambar) berkata walaupun kerajaan mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan penyelesaian mata wang tempatan dengan memberikan fleksibiliti dasar, pilihan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian rentas sempadan adalah tertakluk kepada keperluan dan keputusan perniagaan swasta.

“Seperti negara-negara lain yang terlibat dalam ‘rantaian bekalan global’ yang dikuasai oleh syarikat-syarikat multinasional, mata wang Amerika Syarikat masih menjadi pilihan utama bagi syarikat-syarikat swasta antarabangsa untuk penyelesaian transaksi perdagangan antarabangsa atas pelbagai faktor.

“Antaranya, kelebihan mata wang Amerika Syarikat yang diterima secara global dan kecairan pasaran yang mendalam serta kos efektif.

“Ini menyumbang kepada kebergantungan semasa penyelesaian dalam mata wang Amerika Syarikat sebanyak 82.2 peratus daripada jumlah keseluruhan penyelesaian perdagangan setakat Ogos 2023,” katanya ketika menggulung perbahasan sidang khas Dewan Negara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata dalam kalangan negara ASEAN, BNM bekerjasama dengan Bank of Thailand (BOT) dan Bank Indonesia (BI) untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan melalui LCSF.

Kerjasama LCSF yang ditubuhkan dengan Thailand dan Indonesia adalah untuk meningkatkan akses pengimport dan pengeksport Malaysia kepada baht Thailand dan rupiah Indonesia.

Sim berkata secara keseluruhannya, penyelesaian dalam mata wang tempatan dua hala antara Malaysia dengan Thailand dan Indonesia telah menunjukkan peningkatan dari 12.8 peratus pada tahun 2016 ke 19.6 peratus setakat Ogos 2023 bagi Thailand, dan peningkatan dari 12.5 peratus pada tahun 2017 ke 16.7 peratus setakat Ogos 2023 bagi Indoesia sejak penubuhan LCSF.

Selain itu, beliau berkata BNM juga meningkatkan penggunaan mata wang serantau melalui kerjasama dengan People’s Bank of China (PBC) sejak sedekad lepas.

“Antara inisiatifnya untuk memudahkan penyelesaian transaksi perdagangan antarabangsa dalam mata wang renminbi ialah perjanjian pengaturan swap mata wang dua hala dan skim Pelabur Institusi Asing yang Layak (2009), urus niaga mata wang renminbi-ringgit secara langsung (2010), Pengaturan Cagaran Rentas Sempadan dan Kemudahan Kecairan Renminbi (2013).

“Pelantikan Bank of China Malaysia sebagai bank penjelasan Renminbi (Renminbi Clearing Bank) sejak tahun 2015 juga memudahkan akses institusi kewangan Malaysia ke dalam pasaran kewangan China,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings