the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kesan Mohamed Imran bantu siasatan kematian isteri

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita yang mempunyai kesan cedera di tubuhnya disyaki dibunuh.

Lelaki tersebut merupakan suami si mati yang dikenali sebagai Mohamed Imran Mohamed yang alamat terakhirnya di Apartment Sutera Pines, Sungai Long, Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kematian wanita itu daripada seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kajang, selepas menyedari wanita itu tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia pada 12.15 tengah malam, Ahad lepas.

“Mangsa dihantar ke hospital itu oleh suaminya yang kemudian menghilangkan diri setelah mendapat tahu isterinya sudah meninggal dunia. Pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan hospital tersebut mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa yang berusia 38 tahun itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat, hasilnya terdapat kesan kecederaan di seluruh badan si mati dan pakar patalogi mengesahkan punca kematian akibat dipukul objek tumpul sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman yang serius,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya percaya kejadian tersebut berlaku di pangsapuri sama di Sungai Long, Kajang dan motif pembunuhan masih dalam siasatan polis.

Mohd Zaid berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kini pihak polis sedang mencari dan mengesan suami si mati untuk membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau pegawai penyiasat kes ASP R K Umesh di talian 012-6114900 bagi membantu siasatan,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings