the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Miliki 19,011 video, gambar pornografi kanak-kanak, lelaki dipenjara enam bulan, denda RM2,500

TELUK INTAN: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak, Mei lepas.

Majistret T. Ashvinii turut memerintahkan Liew Ming Hui, 24, menjalani hukuman penjara lima bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.

Liew didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak iaitu satu unit kad memori (pemacu pena) yang mengandungi 19,011 video dan gambar pornografi kanak-kanak.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Besar, Rancangan Perumahan Awam 2, Langkap, dekat sini, pada 4.20 petang, 29 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak telah membuat pemeriksaan di rumah itu dan merampas komputer riba Acer, adaptor komputer riba Liteon dan pemacu pena Kingston.

Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudiannya mendapati terdapat 19,011 dokumen melibatkan video dan gambar pornografi kanak-kanak dalam pemacu pena itu.

Terdahulu pada prosiding itu, Liew yang diwakili peguam Jude Pereira merayu mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan dan tidak mengenakan hukuman penjara terhadapnya, atas alasan dia masih muda dan kini bekerja sebagai pembantu kedai ubat tradisional milik bapanya, selain telah insaf.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan meminta hukuman setimpal dikenakan kerana jumlah video dan gambar yang dimiliki tertuduh tidak menunjukkan dia telah insaf.

Selepas mahkamah menetapkan hukuman itu, Pereira memohon supaya pelaksanaan hukuman untuk tertuduh ditangguhkan, namun ditolak mahkamah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings